DEV Community

kodakademik
kodakademik

Posted on

Kenalpasti proses didalam fungsi kod anda adalah I/O bound atau CPU bound.

Pengenalan

Kepantasan didalam memproses data dan memberi maklumat didalam dunia applikasi internet semakin hari semakin menjadi topik hangat dan penting.

Dalam pembangunan perisian, kecekapan dan prestasi adalah faktor kritikal. Salah satu aspek penting dalam mengoptimumkan prestasi adalah menentukan sama ada suatu proses atau fungsi adalah I/O bound atau CPU bound. Pemahaman ini boleh membantu dalam mereka bentuk, mengoptimumkan, dan men-debug aplikasi dengan lebih baik.

Seringkali perbincangan dan tips dikeluarkan bagaimana membolehkan sesuatu applikasi berfungsi dengan cukup efisien dari segi kelajuan dan penggunaan sumber daya memory dan cpu.

Pengertian I/O Bound dan CPU Bound

I/O Bound:
Proses yang kecepatannya bergantung pada operasi input/output, seperti baca/tulis ke cakera, rangkaian, atau pangkalan data. Proses ini sering menghabiskan masa menunggu operasi I/O selesai.

CPU Bound:
Proses yang kecepatannya bergantung pada pemprosesan CPU, seperti pengiraan kompleks atau pemprosesan data yang besar. Proses ini sering menghabiskan masa menunggu CPU untuk menyelesaikan tugasnya.
Cara Menentukan Sama Ada Proses adalah I/O Bound atau CPU Bound

Profiling:

Gunakan alat profiling untuk mengukur masa yang dihabiskan pada operasi I/O dan CPU.
Alat seperti cProfile dalam Python atau perf dalam Linux boleh membantu mengenal pasti bottleneck.

Pemerhatian Masa Menunggu:

Jika proses menghabiskan banyak masa menunggu operasi I/O selesai, maka proses tersebut mungkin I/O bound.
Jika proses menghabiskan banyak masa menunggu CPU untuk menyelesaikan tugasnya, maka proses tersebut mungkin CPU bound.

Penggunaan Sumber

Pantau penggunaan CPU dan I/O menggunakan alat seperti top, htop, atau iostat.
Jika penggunaan CPU tinggi dan stabil, maka proses mungkin CPU bound.
Jika penggunaan I/O tinggi dan stabil, maka proses mungkin I/O bound.

Strategi Optimum
I/O Bound:
Gunakan asynchronous I/O atau multithreading untuk meningkatkan kecekapan.
Optimumkan operasi I/O dengan menggunakan cache atau batching.

Contoh task yang memerlukan async/await

  • Database queries
  • API calls
  • File operations

CPU Bound:
Gunakan multiprocessing atau parallel processing untuk memanfaatkan multi-core CPU.
Optimumkan algoritma dan struktur data untuk mengurangkan kompleksiti.

Contoh task yang parallelization

  • Image processing
  • Complex calculations
  • Data transformations

Apabila anda berjaya mengenalpasti fungsi kod anda ialah I/O bound atau CPU bound anda boleh menggunakan beberapa cara pattern yang membantu secara efektif meningkatkan keupayaan memproses sesuatu task

Antara cara dan tips

  1. Untuk I/O bound pastikan anda menggunakan async/await(concurrency)

  2. Pastikan web server framework anda berupaya menerima multiple incoming requests secara simultaneously kerana request ke server termasuk dalam kategory I/O bound (network requests).

  3. Penggunaan async/await dapat menghalang thread dari dikunci yang akan menyebabkan keseluruhan sistem anda boleh tergendala.

  4. Jika anda memerlukan proses yang berat dan banyak serentak, menjadikan kod anda untuk melakukan proses parallel menggunakan multithread adalah sangat membantu. terdapat juga library yang ada boleh digunakan seperti Actor programming.

  5. Library Actor programming yang ada seperti Akka (Java), Akka.Net dan Proto Actor (.Net), Ergo (go) memudahkan anda untuk menjalankan thead safe proses

Image description

Top comments (0)