loading...

mambang.org.my - Oshirix operating system (linux) [Sistem Operasi buatan anak Malaysia]

robbinespu profile image RobbiNespu Originally published at robbinespu.gitlab.io on ・7 min read

bismillahirrahmanirrahim, Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera kepada semua pembaca..

Ok kali ni aku nak cover-up sebuah portal dan produk yang dah hilang dari radar since 2011 (kalau tak silap) hingga kini. Penulisan ini adalah berdasarkan penglibatan aku secara tak langsung dan pengalaman bersama komuniti tersebut.

Komuniti “Mambang.org” atau “Mambang.org.my” atau lebih mudah disebut “Mambang” adalah sebuah komuniti opensource tempatan yang sangat berahsia dan misteri tapi mempunyai banyak khazanah dan produk yang bagus.

Produk apa yang bagus sangat tu? Okey, untuk pengetahuan semua, tuan admin punya portal yang hanya dikenali sebagai Oshiri telah re-master (pada permulaan nya) dan build from scratch / remix / re-spin (setelah pro) sebuah sistem operasi yang diberi nama OshiriX.

Ok, aku akan cerita pengenalan aku dengan mambang, boleh skit kalau tak minat dan baca header seterusnya. Aku malas nak split-up cerita personal dan topik ni, sebab memang berkait rapat dengan kisah aku involve dunia IT.

Pengenalan - aku dan mambang

Waktu sekolah menengah dulu, aku agak ketagih dengan surfing (sebab aku minat membaca), plus waktu tu popular dengan web 2.0 seperti MySpace dan Friendster. Jadi internet adalah buruan aku dan cybercafe adalah tempat biasa aku lepak habiskan duit..LoL

Pendek citer, aku bukan kaki game. Kalu main pun comfirm aku kena buli (no0b). Game biasa aku main pun cuma half-life, CS-Go, Serious Sam, GTA dan game arked (simulator). Daripada statement ni, kau nampak kan aku guna sistem operasi apa? Ya, aku similiar dengan sistem operasi Microsoft je.

Suatu hari tu, member aku (kita panggil dia azOne) ada invite dan suggest aku lepak dengan dia. Katanya dia ada port CC (short form untuk CyberCafe) yang best dan free.. time tu memang negeri Terengganu aktif dengan sumber terbuka dan strategi celik IT melalui syarikat anak negeri dengan program pusat komuniti Bestari (Bestari.Comm) , sebab free..memang la aku tak tolak..kah kah

Port CC ni macam special sikit, sebab dibina macam kontena / bungker dan duduk sebelah pejabat pusat khidmat masyarakat dun Rantau Abang. Pengurus Bescom aka EIO (Executive Information Officer) tu nama dia Abang Syam atau lebih famous dengan nickname “Charm aragon” memang penyokong tegar sumber terbuka, so dia built-up cybercafe tersebut dengan dual boot windows XP dan linux opensuse 10 (kalau tak silap aku). Dia set linux as default dan Windows XP as second boot.

Kalau nak guna PC kena tulis nama (haha.. kelakor plak kalau ingat balik), guna berapa jam pun takde hal, no limit! Tapi time lunch dan habis office hour, kau kena lah blah dari situ.

Aku masih ingat, bila ON je PC tetiba kuar loading pelik. Dia suh select OS (GRUB la tu, aku tak kenal dulu) dalam masa 10 saat. Lom sempat aku buat keputusan dia terus boot-up linux gambor cicak hijau (opensuse). Aku dah heran, kenapa interface pelik ni! Alien gila.. aku click la untuk log-in dan tetiba keluar notice “sila hubungi administrator untuk menggunakan komputer” , fuh padu dah macam software Antamedia atau handyCafe yang control PC tu. Apa lagi, aku tanya la AzOne “woi, macam mana ni!?”, selambe je kawan aku tu jerit “Abang syam, tolong open PC nih” dari row belakang (kedudukan pc kitaorg). Pop, terus je unlock dan sedia untuk digunakan.

Untuk pengetahuan, aku waktu tu dah terer nak by-pass software CC seperti handyCafe dan sebagainya. Plus, software DeepFreeze pun aku dah tahu cara macamana nak godam. Registry, services kat windows pun aku terer exploit. Tapi kali ni aku clueless, salah taip “keyword” terus kena block / reported (squid proxy dah wujud), download kadang kadang hilang kalau reboot (tak semua location boleh save, aku syak dia custom script bash yang nih). Browser pun pelik, tak macam Firefox atau Internet Exporer, aku rasa ralat (by default akan guna aplikasi Konqueror, memang UI dia pelik sampai sekarang),. Interface pun aku tak berapa faham (Guna KDE desktop enviroment). Path location pun pelik, duk slash sana sini (linux kan banyak guna terminal dan back slash)…agrhh, tension aku pakai linux nih!

Di sebabkan aku jenis curiosity tinggi, aku pun study la menda alah ni semua. Aku mula faham la sikit-sikit. Waktu tu Ubuntu distro dah wujud, aku pun heran kenapa tak pakai Ubuntu (sebab Ubuntu user friendly). Hmmm.. pelik kan? Kau rasa kenapa? Kat bawah aku ada citer. Sila baca hehe..

Dari sekolah menengah sampai diploma, aku still hangout tempat sama bila aku balik kampung. Tambahan pula rumah aku takde internet. Harga beruk-band (broadband 3g) time tu macam harga yahudi tel-aviv. Cuma beza dia aku dah ada laptop sendiri, brand HP model CQ40 (Compaq Presario CQ40), beli pakai duit loan PTPTN sebab aku amik bidang IT dah waktu tu, so komputer memang keperluan. Laptop ni aku beli pun, aku tiru kawan aku (takde ilmu beli gadjet). Ok sambung cerita, kadang-kadang aku mintak kebenaran dengan Abang Syam tu direct connect internet pakai kable kat laptop aku. Alasan biasa “for research purposes”. Dia Okey je, maybe dah rapat kot.

Nak jadikan citer, suatu hari tu laptop aku (lupa nak cakap, aku guna windows je) asyik BSOD (blue screen of death).. stress aku, nak tengok anime dan movie tak boleh..eh silap nak wat assignment dan projek tak boleh :P

Aku mintak tolong Charm Aragon tengok-tengok kan, kasi santau apa yang patut sebab dia pun part-time amik job repair laptop. Kata dia “RAM kau problem ni”, waktu tu RAM 4GB DDR2-667MHz harga yahudi tel-aviv, aku pun sengket sebab takde wat partime pape (padam muka aku, time cuti semeter asyik lepak je).

So dia cadangkan dual-boot dengan linux, kata dia linux ni power untuk filter bit-bits RAM aku yang kiok tu. Aku tanya la, “nak sumbat Ubuntu ke?” , fuh kena sound aku dengan otai opensource lepas aku tanya tu.. haha, sebab Ubuntu ni penyokong besor LGBT dan buatkan dunia opensource kucar-kacir seluruh dunia time tu (untuk info, geng LGBT ni tak femes dan tak banyak dapat sokongan, tak sama mcam sekarang, ish ish..korang la punca, sebab support Ubuntu haha). Kat situ la bermula kisah lawak Ubuntu-gay lahanat.

Geng-geng LoCo Ubuntu Malaysia jangan marah ye..hihi.. ok sambung cerita semula.

Abang syam kebetulan ada salinan CD distro Oshirix SPE (maaf aku tak ingat version yang mana, CD dia pun ada kat kampung, nanti la aku update balik sini, yang pasti based on Knoppix). Dia kasi CD tu dan suruh aku buat sendiri dual boot.

Nasib baik menjadi aku partition semua tu, ya betul la cakap dia. Alhamdulillah masih boleh guna laptop aku tu. Disini lah titik permulaan aku serious explore linux dan sumber terbuka. Aku mula kenal dan tahu macam mana nak cari dan install package daripada repo dan setup itu-ini. This is my starting point getting serious with OSS (Opensource software). Aku mula lepak dengan geng mambang, lepak virtual kat IRC dan forum.

To be honest, aku benci layout discussion forum kat portal mambang tu sebab guna Xoops cms.IRC pula tempat banyak diorg share ilmu, tapi aku selalu missed sebab tak sentiasa online.

Tagline mambang ialah “Don’t Be Pussy, Dies Out curiosity” (sayang betul takde backup gambor header banner). Tak silap aku, Fakyutuyu yang design banner dia. Geng dengan diaorg ni best, sebab dia tak spoonfed dan tak lokek ilmu. Cuma satu jelah, satu perkara benda misteri……. sape admin aka Oshiri tu sebenarnya?? Entah la bro..

Btw aku pernah shout (chatbox), mentioned “dont be sepi, dies out kari” …masin jari aku (sebab aku taip pakai jari). Akhirnya komuniti ni jadi sepi..hmmm sedih

Pengenalan - Portal Mambang dan asal-usul

Setakat yang aku tahu, portal mambang ni dibuka oleh Oshiri dan kawan-kawan sebab diorang gaduh dengan geng BSD (ye dlu, BSD ramai geng,Sekarang kurang dah rasanya), gaduh antara fans-linux sendiri iaitu RPM dan DEB based, gaduh dengan moderator, cari pasal dengan orang kuat MIMOS. Macam berlaku clash of interest gitu la. macam-macam, tapi aku tak nampak geng mambang ni salah. Sebab diorang share ilmu, then datang plak manusia sombong pergi perli-perli. Tak syok la sayang.

Geng ni semua mostly guna portal PDC (PuteraDotCom / putera.com) untuk bersembang dan berdebat. Tapi sebab diorg malas nak cari masalah, so di bikin la portal sendiri iaitu Mambang iaitu nama komuniti entah mana diorang dapat. Klu minat baca cerita dari syumul boleh refer sini

Ada juga cerita pasal Shanai (admin putera.com) mintak RM 1 (aku ada arkib web bekap diorang kat sini). Sesiapa yang nak share ilmu atau mengajar kat webforum diorg. Ish ada ke patut. Gila ke apa. Pastu cakap nak kasi honorium. Klu nak kasi, kasi je honorium. Takyah la charges atas usaha orang kongsi ilmu. Apa ke pelik..

Putera forum pun pernah kiok (katanya kena attack, yeke), pastu muncul balik but then nasib sama “sepi jadi kari”. Hmm, ni la masalah, kalau kau buat web forum komuniti.. strongest assets ialah KOMUNITI iaitu geng-geng ni semua. Forum kau pun untuk perkongsian. Sorang demi sorang tarik diri, tambah pulak admin jarang aktif. Hmmm.. korang yang baca ni, amik iktibar ya. Kalau nak syok sendiri, buat blog macam aku je. kah kah~

Tapi aku notis yang Oshiri mentioned dia sama umur dengan Shanai, dah tua katanya. so maybe Oshiri dah tua dan dah kembali ke alam seterusnya. Peminat dan student oshiri ni ramai, tengok la vote lantik moderator, tak nak pegang jawatan pun boleh menang beb. Fight dengan Sharuzzaman dan arwah Terunasuci tuu..otai semua. Ok, sambung cerita asal semula..

Domain pertama ialah mambang.org, then kiok dalam setahun dua..hilang dari radar tapi masih wujud kat IRC. Tak lama kemudian, muncul balik dengan domain baru iaitu mambang.org.my pastu mati, hidup, mati, hidup dan mati terus sampai sekarang.

Ni cerita setakat apa aku tahu, sori kalau melalut sebab dulu aku suka main cedok je info dan kebetulan juga aku copy benda best letak kat blog aku iaitu “OshiriX Journal”, aku buat blog tu sebab aku kena buat assignment pasal OS linux dlu. Haha.. so sebab mambang ni berahsia sangat, aku jadikan blog tu sebagai main source (cerita dalam assignment aku, sebenarnya tak pun). Plus, dari awal aku dah mentioned blog tu bukan official. Al maklum, aku budak belum mumayyiz waktu tu.

Forum ni ada penunggu setia seperti aku, oshiri, leadtime, ciku, charm, blank, mumtazah, siput, simulator, c0re9, jenal, yny, badrbaharuddin, danny, wave125, b1naryc0de, nix, LowKey, wanex, Hardyweb aka Adi aka psychoX, wariola, Maui, FryShadow, ayoi, ak47suk1, enn0suke, syumul, enno, lon3star,tuah, ganux, padli, lanun jalanan, Alvarez, mixk, Khaidir, kred, dvd dan lain-lain (manalah aku ingat semua!).

Tu je sikit-sebanyak introduction. Nanti aku sambung cerita pasal produk dan resepi komuniti ni serta dengan screenshot (buat kenang-kenangan). Insyallah…

Wassalam wbt

Discussion

pic
Editor guide