DEV Community

hardyweb
hardyweb

Posted on

Neovim 0.13 detech netrw replace with new native directory browser dir.lua

This articel written in Bahasa Melayu.

Neovim versi pembangunan 0.13 memperkenalkan beberapa feature baru, antaranya adalah

  1. Native Directory Browser ( dir.lua )

  2. Multiple Cursor ( long time request , inspirasi dari sublime text)

  3. Restart dengan mengembalikan semula sesi tersedia.

lain-lain feature belum diuji sepenuhnya.

apa yang menarik bagi aku berkait dir.lua adalah, ia seperti oil.nvim plugin, tapi secara natif

cara guna

:edit . 

Enter fullscreen mode Exit fullscreen mode

dengan menekan command :edit / :e . , satu paparan senarai directory dan file baik yang hidden mahupun yang biasa dipaparkan terus pada sebelah kiri kita dalam selection mode. jadi kita boleh tekan enter untuk drill down folder dan tekan - (hypen) untuk kembali ke folder induk .

fungsi begini mengingatkan aku dengan command ranger, yazi dan nnn.

yang kedua, multiple cursor terbina dalam neovim 0.13, kita boleh guna ctrl+leftmouse untuk pilih dekat mana yang kita mahu gunakan fungsi multiple cursor. siapa yang pernah guna sublime text atau vscode , biasa guna fungsi multiple cursor ni .

contoh dalam programming, biasa kita akan guna search , find and replace all (vscode/notepad++/etc), tetapi fungsi ini akan menukar semua objek yang ditemui. atau dalam vi/vim/nvim , biasa guna :<>s/perkatanlama/perkataanbaru/g

jika nok pilih-pilih syntax-syntax yang tertentu, agak sukar nok buat, menariknya dengan adanya feature ini, ia banyak membantu melajukan proses coding.

yang ketiga, restart. fungsi ini diperkenalkan dalam neovim 0.12, tapi masa tu bila kita tekan restart , semua buffer/session terpadam. tapi dalam neovim 0.13, session sedia ada dikembalikan.

Top comments (0)